Safi Fruity Fresh Baruuuuu

Safi? Dah lama aku tinggal kan pencuci muka ni,nak try yang baru khonon nyaaa tapi masih lagi tak menjadi. Berangan muka jadi Siti Nordiana ke? Heliza Helmi ke? Semua angan angan di siang hari. Selepas menangis tak berlagu tukar-tukar pencuci muka.

Lupa kan Safi,bkenalan dengan

Neutrogena

Sekarang ni,kembali ke pangkal jalan. menyapa si Safi dengan muka tak reti malu. ciri ciri tak setia terserlah pula


Tak tahu okay ke idokk pakai yang ni, harap menjadi lah. At least kawal segala yang melekat di muka ni. sujud syukurr kita. aaamiiin



Safi Fruity Fresh. dari abam google

Jom Jadi Sahabat Yang SuperB !

Assalamualikum..

Tengah hujan lebat kat area rumah aku ( Pasir Gudang , Johor ) .
Asal hujan jee lembik asal hujan jee lembik .Nahh makan Snicker nii *Iklan Snicker* 
Bila hujan mesti malas nak buat kerja kan , mesti rasa nak tidur kan kan .Seppp! 

Entri ini bukan nak cerita pasal hujan sebaliknya nak cerita pasal Sahabat ! 
Definis Sahabat dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga ialah kawan , teman dan taulan 

Sahabat ini antara orang-orang yang penting dalam hidup kita .Kalau gaduh mesti rasa macam lonely I'm Mrs Lonely ~ Bak kata penulis dalam majalah Yezz! - Sayangilah sahabat kerana mereka adalah satu anugerah dan cermin untuk kita mengenal diri sendiri .Apa yang penting adalah kita harus bersyukur dan jangan mengambil kesempatan ke atas mereka wokeyy? 


Jadi , Jom chekiduttt Cara Nak Jadi Sahabat Yang Superb :-

 Tempat Mengadu  

Time sahabat kau tetiba kena marah dengan cikgu sebab tak siapkan kerja sekolah then tetiba jugak dia nangis .So,time ini lah kau kena redakan hati dia.Dengar masalah dia .Jangan kau pun pergi marah dia . Bagi dia coklat kee kan .Weet Weet .Selalu guna ayat "It's okay" .Belajar dari Team Generasi Harapan
 -Coklat boleh mengubati perasaan yang sedih tau..-

Ajak Sahabat Lain

"Jom pergi shopping!" .Ajak sahabat kau yang tengah sedih tahap cipan tu .Tak kesah lah pergi shopping ke,bercuti kat tepi pantai ke,bermain dengan buih-buih di spa ke .Ahh pape aktiviti yang tak buat kan sahabat kau tu sedih .Kalau dia baru lepas break .Jangan kau bawa dia pergi tengok wayang cerita cinta cintun pulak .Masak kau kang .Nak kena redakan dia balik .Bawak lah members lain sekali .Borak benda benda yang syok . Gossiping with Mak Jemah ke kan .

Jangan Memaksa

Tetiba sahabat kau ambik keputusan untuk menyendiri .So,kau bagilah dia masa sikit .Biar dia meraung kat rumah dulu .Biar dia nangis melolong .Mungkin dia perlukan masa untuk mengubati segala kesedihan .
Jangan lupa untuk bertanya khabar dan mengucapkan apa sahaja yang menampakkan kau nii caring pasal dia .Kenalah ikhlas tau.. Baru dia happy tengok ada lagi sahabat yang menghargainya..


Jangan Ungkit Kisah Lama

Time sahabat dah boleh melupakan kesedihan .Jangan kau pergi ungkit pulak kisah lama .Jangan kau tanya "Eh..kau contact lagi si Mr Bangang?" .Dah sudah ! Bagi jee penampor sulungg !  Lebih baik kau pergi tanya "Pasni..kita nak pergi mana ek?Langkawi,Australia ke London?"  -Untung lah asal sedih jee dapat pergi luar negara .Kopak duit kat dalam bank kalau cengini .

P.s. : Gembira kan lah hati orang lain dan anda akan dapat kebahagian yang berpanjangan . 
Yesterday is history , Tomorrow is mystery and today is a gift . Make some quality time with her .Hargai sahabat anda sepertimana anda menghargai family dan kekasih .Sayangilah Allah dan Rasul lebih dari makhluk lain 
Idea : Majalah Yezz!  . Menaip : Ain Hidayah

Sincerely ,

Ain Nurhidayah