kimchii , go baby go ~~ :D

feeling2 . nyanyi laguu stacy plakk :)
"go baby go" xde kne mgena dlm entry tok arinie .
sajee utk gumbira gumbira .eeheh .
ok laa , nak cte pasal cara2 nak buat kimchi .
gmba dan 'karangan' abik dari marianafendy's blogspot
tak sempat lagi , die balas . bolehh bagi copy paste ke x . aq daa
copy paste tlbih dahulu , tu laa ~ nafsu kuda ~~ ! pnye psll .
maaf akak marianafendy , adek ainn tlaluu excited :D


pe lagii , ikot sume step2 ni k ?

Bahan-bahan utama:


sebiji kobis cina,
secawan serbuk cili,
sebiji bawang besar,
sejambak bawang putih,
sepotong halia sebesar ibu jari,
4tbsp cincalok,
2tbsp sos ikan.

Mula-mula kopak kobis satu persatu, kalau kotor sangat basuhlah dengan air. Kalau nak tambah carrot boleh juga, hiriskan carrot tu. Nak tambah lobak putih pun boleh. Lobak putih tu nak hiris pun boleh dan kalau nak buat Koktugi Kimchi potong dadu sebesar ibu jari pun boleh.
Sediakan air garam. Agak-agak ler air garam tu nak yang masin macam air laut punya.


Pastu rendamkan kobis, carot dan lobak putih tadi kedalam air garam selama 4 ke 6 jam. Kalau anda terlelap sampai 8 jam pun takpe. Dia tetap akan jadi kimchi yang sedap.

Sambil menunggu tu anda buat ler cili dia. Dapatkan secawan serbuk cili. Mana nak cari serbuk cili ni? Boleh cari di kedai Korea kat Ampang. hehehe... Jauh tu. Beli le cili kering jenis yang lebar-lebar tu, buang bijinya dan guna pengisar kering; kisar sampai dapat serbuk cili. Pastu blend semua bahan tadi serbuk cili, bawang dan lain-lain. Boleh gunakan sedikit air atau cuka atau soda atau, saya gunakan Sprite. Agak-agak ler supaya senang nak blend. Pastu colek sikit, cuba rasa. Sedap tak? Kalau tak cukup masin sila tambah garam, kalau nak manis sikit tambahler gula. Kalau pekat sangat tambah sprite. Dia memang takde sukatan yang tepat. Ini resepi zaman perang takde masa nak sukat-sukat.. hehehe. Sebagai tambahan, hiriskan sejambak daun bawang dan gaulkan bersama cili ini.



Okay. Siap rendam kobis tu bilas sikit dan tos kan. Lepas tu lumurkan cili yang dah jadi macam cili boh tadi tu satu persatu ke permukaan kelopak kobis tadi. Susun dalam bekas dan tutup. Peringatan!! gunakan sarungtangan plastik bagi mengelakkan kesan pada kulit tangan. Kalau nak lambat masam simpan ler dalam peti sejuk, esok pagi dah boleh makan. Lepas 3 hari lagi sedap. Dia tak basi punya. Bila nak makan potong-potong ler.

No comments: