Angin Puting Beliung di Mersing


Salam , selamat pagi . hari ini , kita dikejutkan dengan angin puting beliung yang melanda di kawasan selatan iaitu Mersing , Johor . *dekat dgn umahh aku oii *
Tu yang mengeletar tuu :D

Tidak disangka-sangka . Biasanya kita akan dengar berita pasal angin puting beliung di negara jiran dan barat tetapi baru-baru nii .Semalam 18Jun2011 . Orang-orang kampung di Mersing,Johor menimpa malang yang jarang berlaku atau mungkin sekali tidak pernah di dengar dek telinga capang orang-orang di Malaysia . Aku memang jarang tengok berita , jarang baca newspaper tapi kalau ada berita-berita pasal bencana yang berlaku kat Malaysia .Lajuu je berita tu sampai kat telinga capang nii..


Mersing – Puluhan sampan mengalami kerosakan dalam satu kejadian angin puting beliung yang berlaku kira-kira lima minit di pesisiran pantai Mersing berhampiran Pulau Setindan, Teluk Buih, Kampung Air Papan, di sini, semalam.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 itu.

Seorang saksi, Sharifah Aini Mohd Zin, 34, berkata, ketika puting beliung itu berlaku, dia berada di jeti Teluk Buih dan melihat angin puting beliung itu bermula daru Pulau Setindan menghala ke arah jeti dia berdiri.

"Melihat angin puting beliung itu menuju ke jeti, saya bergegas lari ke darat untuk menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui semalam.

Seorang pemilik sampan, Mohd Rashid Terang, 47, berkata, peristiwa itu adalah kali pertama dialami dan dilihatnya sepanjang dia menjadi nelayan.

“Saya terkejut apabila melihat salah satu dari puluhan sampan berputar-putar naik ke udara, sebelum jatuh menghempap jeti Teluk Buih. saya bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri," katanya.

Mohd Asri Jaafar, 55, memberitahu, dia bersama beberapa nelayan dalam menyediakan persiapan untuk turun ke laut pada keesokan harinya.

Menurutnya, dia tidak menyangka kejadian angin puting beliung dalam sekelip mata menyebabkan kerugian kerana bot rosak.

"Angin puting beliung datang terlalu cepat sehingga menyebabkan bumbung kedai makan di jeti saya turut rosak.

"Suasana ketika itu memang kelam-kabut dan saya hanya berserah kepada Allah,” katanya yang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, kejadian angin puting beliung itu adalah pertama kali berlaku di kawasan terbabit yang menggemparkan penduduk berhampiran. -SH



Copycat dari Down

greenboc buekk


Frog Kepada mangsa-mangsa bencana , bersabar lahh . Ini semua dugaan akhir zaman . Kita sebagai hamba , hanya mampu berdoa dan berusaha untuk maju kehadapan
* cewahhhh !! *

No comments: